Thursday, July 21, 2011

PUDING BATIK MARIE

Sumber radio Ipoh
1/2 kilo biskut marie [putih]
1/2 cwn gula caster
250 butter cup
1/2cwn susu pekat
3bj telur
4sd makan serbuk coco/milo
1sd makan esen vanila
1.pecah 2kan biskut marie dlm bekas berasingan
2.pukul butter cup+gula hingga putih 15 minit.
3.pukul telur+esen vanila [buang punat telur kalau tak hanyir nanti]
4. masukkan telur tadi kedalam butter sedikit demi sedikit.
5pukul hingga putih.
6.panaskan atas api ,masak api perlahan.
7 .masukkan susu + serbuk koko ,apabila pekat  masukkan biskut.gaul rata.
8.bila dah sebati semuanya ,tekan dlm loyang serta boleh disimpan dlm petisejuk

KENTANG GORENG SPICY

  

beberapa bj kentang buang kulit ptg serong
sedikit rempah kari ikan
tepung goreng adabi serba guna
garam sikit je
1.tuskan ubi tadi.
2. gaul dgn garam dan rempah kari.
3.gaul dgn tepung gorengadabi tapi jgn guna jari.gaul dgn garpu supaya tepung tak lekat jari.
4.goreng api sederhana ,tutup dgn tudung periuk supaya elok masak nya.

Thursday, July 14, 2011

KETAM MASAK LEMAK YUMMY

3.ekor ketam
1bj cili merah buang biji -tumbuk
3bj cili api           -tumbuk
3bj bawang kecil -tumbuk
halia sikit     -tumbuk
1btg serai     -diketuk
1cawan santan cair
3/4cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
garam gula secukupnya
1.bersihkan ketam tuskan airnya.
2. masukkan bahan tumbuk,serai dan santan cair
3.bila mendidih masukkan ketam ,daun kunyit.
4. bila mndidih masukkan santan pekat ,garam secukupnya serta gula sikit je 1sd kecil.
5.kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
6.bila mendidih tutup api ,

NASI GORENG SOS TOMATO

Nasi untuk 3orang
1bj bawang besar -tumbuk
2bj bawang putih -tumbuk
2bj cili merah buang biji -tumbuk
3bj cili api kalau suka pedas -tumbuk
1sd besar sos tomato kipas udang[kenapa cap kipas udang kerana sosnya pure rasa tomato]
gula @garam
sayur gobis atau apa2  sayur yg disukai
1.gaul nasi dgn garam.
2.tumis bahan yg ditumbuk tadi sampai naik bau.
3.masukkan sos tomato ,garam @gula sikit.
4.gaul rata masukkan sayur gobis dah layu masukkan nasi.
5.gaul dan goreng hingga masak.
6.boleh dimakan dgn ayam goreng rempah kari.

IKAN GORENG MUMMY STAIL

5-6 Ekor ikan apa 2pun boleh
1 bj bawang besar -potong
4bj cili api            -potong
1bj cili merah       -potong juga macam pun tak pe
1.ikan gaul kunyit garam goreng macam biasa pastu angkat.
2, masukkan bahan yg dipotong tadi ,bila dah layu sikit masukkan ikan goreng tadi.
3.gaul rata angkat balik tuskan minyaknya.ready to eat.

AYAM GORENG REMPAH KARI





Gambar tak begitu clear.sorry.
4 Ketul atau lebih isi ayam tuskan airnya dgn tapis
2-3bj bawang kecil -TUMBUK
1bj bawang putih   -TUMBUK
sikit halia              -TUMBUK
1sd besar cili giling kalau nak pedas kalau taknak tak payah bubuh
3sd rempah kari daging kalau tak de rempah ikan pun boleh
gula garam sikit
tepong goreng ayam secukupnya
1.gaul ayam dgn bahan yg ditumbuk tadi+cili giling+garam +gula sikit.
2,gaul pula dgn rempah kari .perap 1/2 jam.
3.bila nak goreng baru gaul dgn tepung goreng ayam .gaul guna garpu kalau tidak tepungnya
  akan melekat kat jari.
4.goreng ayam dalam minyak yg boleh tenggelam kan ayam.
5.minyak tu biar panas baru masukkan ayam .
6.goreng dgn api yg sederhana dan jangan lupa tutup dgn tudung periuk kalau tidak ayam tu tak masak elok.kat luar masak kat dalam mentah.
 SELAMAT MENCUBA.

Thursday, July 7, 2011

UDANG GORENG VERY EASY

9 ekor udang besar jgn buang kulit cuma belah belakang je
[gaul garam kunyit pastu goreng ]
2 ulas bawang putih- TUMBUK
sedikit halia            - TUMBUK
1 biji bawang holand-POTONG BULAT
5 bj cili api              -POTONG SERONG
1 bj cili merah         -POTONG JUGA
2sd besar sos tiram
3sd besar kicap manis
1.Tumis bawang putih + halia yg di tumbuk tadi hingga naik bau.
2.Masukkan cili api kemudian masukkan cili merah dan bawang besar.
3.bila dah layu sikit masukkan sos tiram ,kicap  manis serta udang telah digoreng tadi.
4.gaul rata siap di makan.