Saturday, September 24, 2011

PERSOALAN HIDUP SEORANG MANUSIA......KENAPA???

KENAPA AKU DIUJI ?

“Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan sahaja mengatakan; “kami telah beriman, “  sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sessungguhnya Allah S.W.T. mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” 
(SURAH AL-ANKABUT :2-3)

KENAPA SUSAH UJIAN INI?

“ALLAH S.W.T. tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya”
(SURAH AL-BAQORAH: 286)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal  ia amat buruk bagimu, Allah S.W.T mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (SURAH AL-BAQORAH:216)

RASA FRUST?   TENSION?  LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (SURAH AL-IMRAN”139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?     
“Wahai org2 yg beriman !Bersabarlah  kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara 2 yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah 2 sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). “(Surah Al-Imran :200)”
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah s.w.t) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang: dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang 2 yg khusyuk.”(Surah Al- Baqarah : 45) 
                                                                                         
APA YANG AKU AKU DAPAT DARIPADA SEMUA  INI?
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah membeli dari org2 mukmin ,diri ,harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka .“(Surah At-Taubah :111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah s.w.t bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari-Nya .Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”(Surah At-Taubah:129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!!AKU DAH BOSAN!!!!
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t .Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah s.w.t melainkan kaum yg kafir “(Surah Yusuf :12)

SEKIRANYA ALLAH S.W.T  MENGUJI  KITA.....
Ini bermakna Allah s.w.t sayangkan kita.
Dia mahukan kita supaya lebih hampir kepadan-NYA.
Berusahalah dan berdoalah kepada-NYA sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Pengasih.
Agar kita dapat menempuh perjalanan kehidupan yg sementara ini.
Jgn jadikan kesempitan ini untuk bertindak di luar batasan.
Ketahuilah Allah s.w.t hanya menurunkan 1/10 nikmat ke dunia,
Jgn sampai kerana 1 nikmat ini.kita kehilangan yg lagi 9 di SANA.
Yg pastinya Allah s.w.t mengurniakan limpahan nikmat kepada kita.
BAGAIMANA KITA MENGGUNAKANNYA ?
         SELIDIKILAH DIRI  KITA adakah kita termasuk dlm golongan org2  yg bersyukur.

Thursday, July 21, 2011

PUDING BATIK MARIE

Sumber radio Ipoh
1/2 kilo biskut marie [putih]
1/2 cwn gula caster
250 butter cup
1/2cwn susu pekat
3bj telur
4sd makan serbuk coco/milo
1sd makan esen vanila
1.pecah 2kan biskut marie dlm bekas berasingan
2.pukul butter cup+gula hingga putih 15 minit.
3.pukul telur+esen vanila [buang punat telur kalau tak hanyir nanti]
4. masukkan telur tadi kedalam butter sedikit demi sedikit.
5pukul hingga putih.
6.panaskan atas api ,masak api perlahan.
7 .masukkan susu + serbuk koko ,apabila pekat  masukkan biskut.gaul rata.
8.bila dah sebati semuanya ,tekan dlm loyang serta boleh disimpan dlm petisejuk

KENTANG GORENG SPICY

  

beberapa bj kentang buang kulit ptg serong
sedikit rempah kari ikan
tepung goreng adabi serba guna
garam sikit je
1.tuskan ubi tadi.
2. gaul dgn garam dan rempah kari.
3.gaul dgn tepung gorengadabi tapi jgn guna jari.gaul dgn garpu supaya tepung tak lekat jari.
4.goreng api sederhana ,tutup dgn tudung periuk supaya elok masak nya.

Thursday, July 14, 2011

KETAM MASAK LEMAK YUMMY

3.ekor ketam
1bj cili merah buang biji -tumbuk
3bj cili api           -tumbuk
3bj bawang kecil -tumbuk
halia sikit     -tumbuk
1btg serai     -diketuk
1cawan santan cair
3/4cawan santan pekat
1 helai daun kunyit
garam gula secukupnya
1.bersihkan ketam tuskan airnya.
2. masukkan bahan tumbuk,serai dan santan cair
3.bila mendidih masukkan ketam ,daun kunyit.
4. bila mndidih masukkan santan pekat ,garam secukupnya serta gula sikit je 1sd kecil.
5.kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
6.bila mendidih tutup api ,

NASI GORENG SOS TOMATO

Nasi untuk 3orang
1bj bawang besar -tumbuk
2bj bawang putih -tumbuk
2bj cili merah buang biji -tumbuk
3bj cili api kalau suka pedas -tumbuk
1sd besar sos tomato kipas udang[kenapa cap kipas udang kerana sosnya pure rasa tomato]
gula @garam
sayur gobis atau apa2  sayur yg disukai
1.gaul nasi dgn garam.
2.tumis bahan yg ditumbuk tadi sampai naik bau.
3.masukkan sos tomato ,garam @gula sikit.
4.gaul rata masukkan sayur gobis dah layu masukkan nasi.
5.gaul dan goreng hingga masak.
6.boleh dimakan dgn ayam goreng rempah kari.

IKAN GORENG MUMMY STAIL

5-6 Ekor ikan apa 2pun boleh
1 bj bawang besar -potong
4bj cili api            -potong
1bj cili merah       -potong juga macam pun tak pe
1.ikan gaul kunyit garam goreng macam biasa pastu angkat.
2, masukkan bahan yg dipotong tadi ,bila dah layu sikit masukkan ikan goreng tadi.
3.gaul rata angkat balik tuskan minyaknya.ready to eat.

AYAM GORENG REMPAH KARI





Gambar tak begitu clear.sorry.
4 Ketul atau lebih isi ayam tuskan airnya dgn tapis
2-3bj bawang kecil -TUMBUK
1bj bawang putih   -TUMBUK
sikit halia              -TUMBUK
1sd besar cili giling kalau nak pedas kalau taknak tak payah bubuh
3sd rempah kari daging kalau tak de rempah ikan pun boleh
gula garam sikit
tepong goreng ayam secukupnya
1.gaul ayam dgn bahan yg ditumbuk tadi+cili giling+garam +gula sikit.
2,gaul pula dgn rempah kari .perap 1/2 jam.
3.bila nak goreng baru gaul dgn tepung goreng ayam .gaul guna garpu kalau tidak tepungnya
  akan melekat kat jari.
4.goreng ayam dalam minyak yg boleh tenggelam kan ayam.
5.minyak tu biar panas baru masukkan ayam .
6.goreng dgn api yg sederhana dan jangan lupa tutup dgn tudung periuk kalau tidak ayam tu tak masak elok.kat luar masak kat dalam mentah.
 SELAMAT MENCUBA.

Thursday, July 7, 2011

UDANG GORENG VERY EASY

9 ekor udang besar jgn buang kulit cuma belah belakang je
[gaul garam kunyit pastu goreng ]
2 ulas bawang putih- TUMBUK
sedikit halia            - TUMBUK
1 biji bawang holand-POTONG BULAT
5 bj cili api              -POTONG SERONG
1 bj cili merah         -POTONG JUGA
2sd besar sos tiram
3sd besar kicap manis
1.Tumis bawang putih + halia yg di tumbuk tadi hingga naik bau.
2.Masukkan cili api kemudian masukkan cili merah dan bawang besar.
3.bila dah layu sikit masukkan sos tiram ,kicap  manis serta udang telah digoreng tadi.
4.gaul rata siap di makan.

Monday, June 20, 2011

SOTONG MASAK KICAP LADA HITAM

1/2 kilo sotong bersihkan dan potong 2kan
7 ulas bawang kecil [tumbuk]
3ulas bawang kecil  [tumbuk]
sedikit halia             [tumbuk]
1sd kecil jintan putih[tumbuk]
2sd kecil jintan manis[tumbuk]
1 1/2 sd besar lada hitam [tumbuk asing bukan untuk tumis]|
2sd besar sos tomato
3sd besar sos cili
 kicap utk pekat secukup nya
garam @ gula
hiasan bawang besar potong @ cili merah potong
daun bawang
1Tumis  bahan tumbuk kecuali lada hitam hingga garing .
2. Masuk air 2 cwn ,biar didih.
3. Masukkan sos tomato ,sos cili @ kicap'
4. Masukkan sotong @lada hitam.
5. Akhir sekali masukkan cili ,bawang yg potong serta daun bawang.
6. Garam @ gula secukup rasa. Siiaapp

Wednesday, June 15, 2011

Kain Pelikat La La La

Siabang dapat kain pelikat ketika cabutan hadiah kenduri kawin kakak sepupunya, apalagi melaram habis dgn kain pelikatnya. Yang tak sodap adik nya pun teringin  jugak nak pakai; apa lagi disuruh bapak nya belikan,, Habis dah malam nak cari kat mana ; merata tempat bapaknya pergi, Akhirnya jumpa satu kedai terus beli. Balik dari kedai terus pakai sampai tertidur.Dah macam bangla le pulok. Eisy eisy budak 2 la ni kalau nak sesuatu  kalau bolehkejab tu juga. kalau tak di beri berulang 2 cakap penin pala .

Tuesday, May 24, 2011

AKHIRNYA TERCAPAI JUA

      Akhirnya tercapai jua hasrat nak buat blog ini. Terima kasih anakandaku Adli kerana berusaha buatkan blog ini. Terima kasih juga pada my husband kerana selalu bagi sokongan dan belikan komputer ni.semoga blog ini dapat memberi man'faat.